Antara Tempat Menarik Yang Anda Boleh Kunjungi Ketika Bercuti Di Timurbay

pantai batu hitam Timurbay

Pantai Batu Hitam

Pantai batu hitam kira kira antara 3 hingga 5 minit memandu dari tempat penginapan. Uniknya pantai ini mempunyai batu berwarna hitam. ada yang mengatakan ia terjadi daripada cetusan gunung berapi dahulu kala. Ada juga yang mengatakan ia adalah sumpahan.

Bolehlah santai santai waktu petang disini banyak juga aktiviti di tepi pantai tersedia disini

Bukit Pelindung

Peminat aktiviti lasak anda boleh hiking disini. Pada waktu petang ramai yang beriadah disini.

Dari Puncak bukit ini anda dapat lihat panorama & pemandangan yang cantik dari sini.

TC timurbay

Teluk Chempedak

Destinasi wajib ketika berada disini. Lebih seronok jika datang waktu malam disini, cuma kalau malam minggu kawasan ini sesak juga & parking disini berbayar.

Boleh lah lepak santai atau minum starbucks di tepi pantai ini.

Kuantan Art Street

Lorong belakang kedai ditengah tengah bandar kuantan diperindah dengan pelbagai jenis mural disini. Jika datang kesini sesuai pada waktu malam .

Lampu neon & seni dikawasan ini menaikkan seri serta boleh dijadikan gambar kenang kenangan disini.

menara 188 Timurbay Kuantan

Menara Kuantan 188

Menara ini merupakan simbol tanda di kuantan. Menara ikonik ini adalah menara tertinggi dipantai timur.

Terletak berhampiran dengan sungai kuantan, untuk naik keatas menara boleh google & dapatkan harga tiket yang disediakan.

Benteng esplanade

Antara lokasi menarik paling lama yang ada di bandar kuantan. Pelbagai jenis kedai makan tersedia di tepi sungai kuantan. Seberang sungai ada sign besar KUANTAN

Pada waktu malam & petang boleh bersiar siar di tepi sungai kuantan sambil melihat orang memancing di tepi sungai berkenaan.

Natural Batik Village

Nak membeli cenderahati kenang kenangan boleh juga datang ke sini. Pelbagai jenis batik tersedia .

Sebagai tanda anda sudah sampai disini.

pasar ikan segar berserah

Pasar Segar Berserah

Sebelum balik ke rumah boleh singgah sini untuk dapatkan hasil laut segar daripada nelayan tempatan.

Jika kena waktu & cuaca elok banyak hasil laut murah murah dijual disini. Pastikan anda sediakan bekas ikan untuk dibawa balik.

muzium SUNGAI LEMBING

Muzium Sg Lembing

Singkap sejarah perlombongan bijih timah di Sg lembing. Sambil berjalan jalan boleh juga terapkan sedikit ilmu untuk dibawa pulang.

Sekurang kurangnya anak anak dapat melihat & tahu sendiri antara sejarah yang wujud di negara kita ini

Timurbay Kuantan merupakan antara destinasi pilihan untuk bercuti. Timurbay Seafront Residence telah dibuka pada Januari 2020, kini ia menjadi tumpuan orang ramai untuk bercuti. Hasil tangkap layar atau video yang dimuat naik oleh mereka yang bercuti disini ia telah menjadi viral.

 

Menariknya tempat ini tidak tersorok atau di tempat pendalaman. Sepanjang jalan di tempat penginapan ini tersedia pelbagai jenis pilihan makanan & tempat tempat menarik untuk anda kunjungi.

 

pada waktu cuti sekolah atau cuti umum memang sentiasa penuh kerana fasiliti seperti kolam renang yang tersedia sesuai untuk kanak kanak & dewasa, tambahan juga anda dan keluarga boleh beriadah di tepi pantai dari tempat percutian di Timurbay ini. Seperti kelaziman ramai yang menginap disini akan kembali lagi untuk bercuti disini.

 

Menariknya homestay Timurbay saya ini mempunyai parking berhadapan dengan pintu masuk, rumah tidak berhadapan dengan rumah orang lain yang membolehkan & keluarga membuka seluas luasnya langsir  untuk menikmati pemandangan laut sejauh mata memandang

Follow Tiktok & Tonton Video Dibawah

Antara Respond Pelanggan Setelah Bercuti Di Timurbay Seafront Residence

Rumah Bersih, Makanan senang akses & mini pasaraya pun dekat. Jalan Kaki jer

Noratikah

Guest 29072023

Rumah & View Cantik. Instruction Check in & check out. Mudah faham Sangat

Khairi

Guest 26052023

Kolam Banyak & Boleh Main Pantai. Anak anak Cukup Seronok & Suka Sangat

Azizah

Guest 14022023

View Best Nampak Pantai Bila Lepak Balkoni. Cari Makan Pun Senang

Fakhrul

Guest 31122022

3 Langkah Untuk Buat Tempahan Homestay Di Tepi Pantai

  • Whatsapp

    Klik link yang disediakan didalam web ini atau di platform social media saya untuk pertanyaan & tempahan.

  • Perbincangan

    Setelah mencapai kata persetujuan berdasarkan perbincangan. Tarikh yang ditempah akan dilock dan seterusnya buat bayaran tempahan

  • Check in & check out

    Informasi & langkah check in & checkout akan diberikan melalui whatsapp setelah selesai semua bayaran yang patut dibuat

Our Location