01Untuk tetamu Muslim sahaja
Homestay ini menerima tetamu Muslim sahaja. Pasangan yang menginap bersama mestilah suami isteri. Kami mengutamakan persekitaran yang bersih dan sopan untuk keluarga.
02Perkara yang tidak dibenarkan
- Maksiat dan aktiviti tidak bermoral di dalam unit atau kawasan bangunan.
- Parti dan perhimpunan yang mengganggu ketenteraman.
- Alkohol di dalam unit atau di premis.
- Haiwan peliharaan, bagi menjaga kebersihan dan peraturan bangunan.
- Memasak di dalam unit. Gunakan peralatan yang disediakan sahaja (dapur mini, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro).
- Merokok di dalam rumah atau balkoni demi keselesaan tetamu lain.
- Tetamu tanpa nama daftar. Tindakan undang-undang akan dikenakan.
03Perkara yang perlu dipatuhi
- Mematuhi peraturan bangunan Timurbay Seafront Residence. Tindakan undang-undang boleh diambil jika diingkari.
- 1 parking percuma disediakan untuk 1 kereta sahaja, yang dimaklumkan kepada pemilik. Lihat bahagian Parking, lif dan denda di bawah.
- Halal sahaja: hanya makanan dan minuman halal dibenarkan di dalam premis.
- Gunakan pakaian renang yang sesuai dan sopan di kolam. Pakaian kapas biasa tidak dibenarkan untuk kolam.
- Hormati ketenteraman jiran dan tetamu lain, terutamanya pada waktu malam.
04Parking, lif dan denda
Denda dan caj di bawah dikenakan oleh pengurusan bangunan Timurbay kepada pemilik unit. Pemilik akan mengenakan caj yang sama kepada tetamu kerana melanggar peraturan, dan tetamu bersetuju menanggungnya.
- Parking: 1 parking percuma untuk 1 kereta sahaja yang dimaklumkan kepada pemilik. Jika membawa lebih daripada 1 kenderaan dan meletakkannya dalam premis, caj yang dikenakan pengurusan akan ditanggung tetamu.
- Salah parking: jika parking di kawasan yang tidak dibenarkan atau tersalah parking sehingga kenderaan dikenakan clamp, denda RM100 dikenakan oleh pengurusan Timurbay.
- Lif (denda berasingan): jika tetamu menaiki lif dalam keadaan basah dan tidak mengeringkan badan di tempat yang disediakan, denda RM100 dikenakan oleh pengurusan. Keringkan badan dan salin pakaian di tempat yang disediakan sebelum menaiki lif.
05Masa dan kapasiti
- Check-in bermula 3:00 petang, check-out selewatnya 12:00 tengah hari.
- Penginapan minimum 1 malam.
- Kapasiti selesa 3 hingga 4 orang termasuk kanak-kanak.
06Keselamatan dan penjagaan unit
- Awasi kanak-kanak sepanjang masa di kolam renang dan pantai.
- Jangan biarkan pintu dan tingkap terbuka apabila keluar dari unit.
- Simpan barang berharga dengan selamat.
- Laporkan sebarang kerosakan atau masalah kepada pemilik secepat mungkin.
07Jika peraturan dilanggar
Pemilik berhak menamatkan penginapan tanpa bayaran balik jika berlaku pelanggaran serius terhadap peraturan ini atau peraturan bangunan. Perincian lanjut tentang tempahan ada dalam Terma & Syarat.
Ada soalan?
Hubungi pemilik melalui WhatsApp rasmi. Kami hanya berurusan melalui WhatsApp rasmi ini.
WhatsApp Pemilik