Antara Tempat Pilihan Makanan Ketika Anda Bercuti Di Timurbay Kuantan

Ini Antara tempat berdasarkan pengalaman saya sendiri makan disini . Banyak lagi pilihan makanan berhampiran dengan Timurbay

Nasi Kerabu Kemira

Kedai ini dibuka seawal pagi & menu kebiasaannya adalah nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak & lain lain. Tersedia juga daging bakar berempah & ayam bakar berempah. Boleh try memang sedap.

roti bakar berserah Timurbay

Roti Bakar Berserah

Menu sarapan pagi yang banyak & menyelerakan, antaranya rati telur goyang. Dibuka setiap hari . Sila datang lebih awal pada hujung minggu kerana sentiasa penuh

Nasi Kukus Batu Hitam

Warung kecil ditepi jalan ini menyediakan menu sederhana & murah seperti nasi ayam, nasi kukus, mee kari & lain lain. Sesuai untuk anda yang inginkan makanan yang cepat

nasi ulam ikan bakar balok Timurbay kuantan

Nasi Ulam IKan Bakar Balok

Juadah makanan tengah hari sahaja disini. Nasi campur serta pelbagai jenis lauk. antaranya ikan bakar, sotong bakar. Tersedia juga ulam ulaman dengan rasa pantai timur

Inspektor salai

Restoran ini menawarkan masakan nasi campur negeri sembilan seperti masak lemak cili api & aneka jenis salai. lauk pauk sememangnya pedas pedas

Seaba Seafood

Tempat ini wajib datang waktu petang kerana suasana yang menyamankan ditepi pantai batu hitam. Hanya 4 minit memandu dari Timurbay dah sampai ke destinasi. Menu tersedia adalah pelbagai jenis celup tepung.

celup tepung hujung tanjung

Celup Tepung Hujung Tanjung

Terletak ditanjung lumpur. Berhampiran dengan jeti nelayan. menu utama disini adalah celup tepung & special disini adalah kari kepala ikan.

Pok Awang Celup Tepung

Terletak dikampung nelayan. menu yang tersedia juga celup tepung. Sambil makan makan boleh nikmati suasana kampung nelayan disini.

Watak Kopi

Cafe ini menyediakan menu hipster serta kopi. Penggemar kopi boleh lah cuba menu disini. Tak jauh pun dari tempat penginapan hanya jalan kaki ke main gate sebaris dengan TMG mart. Kasi layan secawan baru lah mulakan hari anda.

Kopi Mesin

Pilihan minuman kopi & dessert lain boleh juga cuba disini. Antara menu popular bisscoffee. Lepak sini ada rasa vibe stabak sikit

Kula cakes

Datang ke kuantan kalau tak pergi sini tak sah lah, dessert yang dijual disini sedap. Sambil sambil jalan di bandar kuantan boleh lah singgah disini

Kimstone Kuantan

Food court yang menyediakan pelbagai stall makanan. makna kata one stop center lah kalau makan disini. di buka dari waktu petang hingga larut malam . lampu neon disini memang cantik sesuai untuk bergambar

Ana Ikan Bakar Petai

Restoran seafood & boleh kata setiap hari penuh. Mereka menyediakan pelbagai jenis seafood. Anda pilih sendiri & tentukan masakan jenis apa yang anda inginkan . Special disini ikan bakar petai

Nasi Vanggey

Restoran mamak bolehlah lepak lama lama disini. menu lebih kurang dengan kedai mamak lain. sembang sembang & santai santai lewat malam disini punsyiok sambil layan bola

Sg Lembing Steak House

Tempat makan ini special sikit berhampiran dengan nasi vanggey. Sesekali boleh lah makan disini . Steaksini memang sedap boleh pilih daging lembu mana anda nak untuk dibuat steak. ada bajet lebih boleh lah try sini

Timurbay Kuantan merupakan antara destinasi pilihan untuk bercuti. Timurbay Seafront Residence telah dibuka pada Januari 2020, kini ia menjadi tumpuan orang ramai untuk bercuti. Hasil tangkap layar atau video yang dimuat naik oleh mereka yang bercuti disini ia telah menjadi viral.

 

Menariknya tempat ini tidak tersorok atau di tempat pendalaman. Sepanjang jalan di tempat penginapan ini tersedia pelbagai jenis pilihan makanan & tempat tempat menarik untuk anda kunjungi.

 

pada waktu cuti sekolah atau cuti umum memang sentiasa penuh kerana fasiliti seperti kolam renang yang tersedia sesuai untuk kanak kanak & dewasa, tambahan juga anda dan keluarga boleh beriadah di tepi pantai dari tempat percutian di Timurbay ini. Seperti kelaziman ramai yang menginap disini akan kembali lagi untuk bercuti disini.

 

Menariknya homestay Timurbay saya ini mempunyai parking berhadapan dengan pintu masuk, rumah tidak berhadapan dengan rumah orang lain yang membolehkan & keluarga membuka seluas luasnya langsir  untuk menikmati pemandangan laut sejauh mata memandang

Follow Tiktok & Tonton Video Dibawah

Antara Respond Pelanggan Setelah Bercuti Di Timurbay Seafront Residence

Rumah Bersih, Makanan senang akses & mini pasaraya pun dekat. Jalan Kaki jer

Noratikah

Guest 29072023

Rumah & View Cantik. Instruction Check in & check out. Mudah faham Sangat

Khairi

Guest 26052023

Kolam Banyak & Boleh Main Pantai. Anak anak Cukup Seronok & Suka Sangat

Azizah

Guest 14022023

View Best Nampak Pantai Bila Lepak Balkoni. Cari Makan Pun Senang

Fakhrul

Guest 31122022

3 Langkah Untuk Buat Tempahan Homestay Di Tepi Pantai

  • Whatsapp

    Klik link yang disediakan didalam web ini atau di platform social media saya untuk pertanyaan & tempahan.

  • Perbincangan

    Setelah mencapai kata persetujuan berdasarkan perbincangan. Tarikh yang ditempah akan dilock dan seterusnya buat bayaran tempahan

  • Check in & check out

    Informasi & langkah check in & checkout akan diberikan melalui whatsapp setelah selesai semua bayaran yang patut dibuat

Our Location