Cuti Tenang & Mengapa Kami Pilih Timurbay untuk Cuti Weekday? Kisah Omar dan Keluarga

Timurbay Kuantan, Bercuti di masa weekday memberikan pengalaman yang lebih tenang dan santai berbanding cuti umum.

Kadang-kadang, bila semua orang sibuk bekerja, kita pula ambil peluang untuk bercuti. Itulah yang aku, Omar dan keluarga kecil kami dari Seremban buat kali ini. Pilihan kami? Bercuti di Timurbay, dan bukan pada cuti umum atau hujung minggu, tapi waktu weekdays, masa orang sibuk bekerja. Mungkin pelik pada sesetengah orang, tapi percayalah, ada banyak kebaikan bercuti pada waktu weekday ni, yang mana ramai tak pernah fikir.

Kenapa Kami Pilih Bercuti Waktu Weekday?

Kalau nak ikutkan, dekat Seremban ni pun ada pantai – Pantai Port Dickson, cuma sayangnya pantai Port Dickson, terutama Teluk Kemang, dah makin sesak. Kadang-kadang rasa macam bukan pantai dah, tapi ‘teluk khemah’ sebab banyak sangat orang berkhemah. Jadi, kali ni kami cuba lari dari kebiasaan. Aku fikir, “Apa salahnya bercuti kat tempat lain, yang lebih tenang dan tak sesak?” Jadi, mulalah aku search kat TikTok untuk cari tempat yang menarik dan sesuai untuk keluarga kecil aku ni.

Kat situlah aku jumpa video homestay kat Timurbay ni. Tengok review dan video owner dia buat, nampak menarik sangat! Tak fikir panjang, terus aku contact owner dia dan tanya tentang homestay kat situ. Rupanya owner pun galakkan bercuti waktu weekday sebab katanya, bila weekend atau cuti umum, tempat ni memang viral dan penuh orang. Kalau penuh tu, faham-faham lah, nak masuk main gate pun kena tunggu sebab ramai beratur, nak naik lift pun ada masanya penuh memanjang, malah kolam renang pun penuh sampai kadang-kadang rasa macam berenang atas badan orang lain. Hahaha!

Pengalaman Cuti di Timurbay

Akhirnya, kami pun plan untuk bercuti di Timurbay masa weekday. Dari awal perjalanan sampai check-in, semua lancar sebab tak jem, dan tak payah bersesak-sesak. Suasana aman je. Sesampainya di homestay, owner dah siap bagi instruction untuk self-check-in dan self-check-out. Jadi, semua proses memang smooth. Aku cuma ikut langkah-langkah yang dia share kat WhatsApp, baca dan hadam, terus settle semua. Senang betul!

Kebetulan, kami ni keluarga kecil tiga orang je – aku, isteri, dan anak kami. Jadi, homestay yang owner cadangkan ni sangat sesuai sebab dia ada satu katil queen untuk aku dan isteri, dan katil single untuk anak kami. Cukup selesa!

Pemandangan Dari Balkoni dan Sarapan di Pagi Hari

Antara benda yang paling aku suka kat Timurbay ni adalah balkoni dia. Setiap pagi, kami selak langsir, dan terus nampak pemandangan laut yang luas terbentang. Balkoni ni jenis kaca lutsinar, jadi pemandangan dia memang clear dan luas. Unit yang kami duduk ni terletakTimurbay Seafront Residence kat tingkat 10, jadi makin luaslah pemandangan laut yang kami dapat. Rasa macam bercuti kat tepi pantai luar negara pun ada.

Pagi tu, aku turun kejap cari sarapan, bungkus dan naik balik. Sarapan pagi di balkoni dengan pemandangan laut? Fuh, memang satu pengalaman yang takkan dilupakan. Nikmat tak terhingga! Aku dapat tengok matahari terbit sambil makan sarapan dengan keluarga tersayang. Anak aku pun cukup teruja dapat duduk kat balkoni sambil tengok laut.

Kolam Renang dan Pantai – Dua dalam Satu!

Untuk yang datang dengan anak-anak, Timurbay ni memang pilihan yang tepat. Dekat sini, ada kolam renang dan pantai sekali gus! Jadi, anak aku lah orang paling happy sebab dia boleh mandi kolam lepas tu main pasir kat pantai pulak. Tak perlu keluar jauh-jauh untuk cari pantai atau kolam, semua dah ada dalam kawasan homestay.

Mudahnya Cari Makanan Kat Kawasan Timurbay

Kawasan Timurbay ni sangat strategik, sepanjang jalan Kuantan-Kemaman penuh dengan pilihan kedai makan yang menarik. Jadi, kalau malas drive, nak makan tinggal menyemberangi jalan je, dah jumpa banyak kedai makan. Lokasi homestay ni bukan kat kawasan ceruk atau kampung, jadi senang nak cari keperluan harian, termasuklah makanan.

Satu benda yang aku hargai pasal owner homestay ni, dia siap bagi cadangan tempat makan best dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Kuantan. Kalau bukan sebab dia bagi tahu, mungkin aku tak akan tahu pasal kedai makan tempatan yang sedap-sedap ni. Owner ni memang tak lokek info, siap explain apa-apa yang aku tanya dengan sabar. Terbaiklah!

Cuti Tanpa Jem, Bercuti Tanpa Stress

Bila bercuti masa weekday, segala-galanya lebih tenang dan relax. Tak ada stres jalan jem, tak ada masalah tempat penuh sampai susah nak parking, dan paling penting tak perlu beratur panjang kat mana-mana. Aku rasa lebih mudah nak menikmati percutian tanpa gangguan. Dari proses check-in, keluar masuk lif, nak guna kolam renang, semua smooth tanpa tunggu lama. Cuti kali ni memang terasa setiap saat yang aku lalui bersama keluarga benar-benar bermakna.

Balik Nanti, Mesti Nak Repeat Lagi

Setelah habiskan tiga hari dua malam kat Timurbay, memang terasa puas hati sangat. Aku dapat cuti, dapat berjalan, dan semua tanpa rasa stres. Kami check-in hari Selasa dan check-out hari Khamis, jadi cuti ni sangatlah rileks. Balik nanti, aku memang dah set dalam kepala untuk repeat lagi kalau ada masa. Bila balik, rasa macam dah penuh recharge, dan paling penting, aku happy.

Terima kasih kepada owner sebab explain banyak benda yang aku tanya. Terima kasih juga sebab bagi info tentang tempat makan best dan tempat-tempat menarik kat Kuantan. Aku rasa setiap saat kat Timurbay ni benar-benar bermakna. Nak lagi menarik? Pilihlah bercuti kat sini masa weekday, masa orang bekerja, sebab masa tu tak ramai orang, dan setiap saat yang kita lalui kat sana memang untuk dinikmati, bukan untuk dimaki sebab sesak atau penuh. Hahaha!

Jadi, kalau korang nak rasa pengalaman tenang, penuh makna macam aku ni, cubalah bercuti kat Timurbay masa weekday. Aku rasa korang pun mesti akan setuju yang masa bercuti weekday ni lagi seronok daripada cuti umum atau weekend. Setiap saat percutian terasa lebih santai, lebih nyaman, dan yang paling penting, lebih indah!

Info Berkenaan Homestay Timurbay

Seaview From Bed & Balcony. Swimming pool & Direct Access To Beach

KLIK SINI